Maha bijaksana Allah SWT. yang telah mencipta semua kejadian di dunia ini yang berfungsi sebagai nikmat dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Sejenis haiwan iaitu lebah menghasilkan manisan yang dikenali sebagai madu mampu memberikan manfaat kepada manusia.Bukan sahaja sebagai minuman,malah madu lebah juga membantu pertumbuhan pada kesihatan,berfungsi sebagai ubat kepada pelbagai jenis penyakit.
Kelebihan khasiat dan nikmat madu lebah dijelaskan dalam al-Qur'an itu sendiri dalam Surah An-Nahl ayat 68 hingga 69 yang bermaksud;
Dan Tuhan mu mewahyukan kepada lebah: " Buatlah sarang di bukit-bukit atau di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat ( sarang ) yang disediakan oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap ( pelbagai) jenis buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhan mu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat bagi manusia.Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang berfikir"
Perakuan tentang keistimewaan madu lebah,
1. Digunakan sejak zaman purba - Mesir dan India.
2. Masyarakat Yunani memuji madu lebah
3. Ibnu Sina - mengakui kelebihan madu lebah.
4. Rasulallah SAWsendiri pernah menasihati seorang lelaki yang sakit agar meminum madu.
sekian, untuk bacaan umum.
PERKONGSIAN ILMUKU
PENJELASAN
Blog ini merupakan satu laman Web diwujudkan sebagai perkongsian samada dalam bidang ilmu, ekonomi, politik, sosial dll yang boleh dikongsi bersama.
Wednesday, 11 December 2013
Tuesday, 10 December 2013
WASOTIYYAH
Apakah benar hidup kita ini menepati konsep wasotiyyah? Kalau ditakrifkan makna wasotiyyah tidak lain tidak bukan adalah sederhana. iaitu memiliki kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan samada dalam bentuk amalan atau tingkahlaku. Tetapi persoalan kita adalah bagaimana dengan soal beribadat ? Konsep wasotiyyah yang disebarkan dalam tema Maal Hijrah adalah kurang jelas. Seolah-olah dalam konsep beribadat juga tidak terkecuali. Pada hal beribadat dalam agama seperti solat, zakat adalah dituntut dan wajib pastinya terkecuali daripada konsep wasotiyyah - renunganku.
Isu Hukum Agama
Isu-isu semasa khususnya melibat hukum-hakam agama islam harus diambil perhatian oleh penganut agama islam. Apa yang membimbangkan pada masa ini banyak perkara-perkara yang menjurus kepada mempermain-mainkan hukum-hakam agama itu sendiri contohnya dalam ucapan, lawak jenaka. Sedar atau tidak kita menghampiri kepada perbuatan syirik.
Subscribe to:
Posts (Atom)