Maha bijaksana Allah SWT. yang telah mencipta semua kejadian di dunia ini yang berfungsi sebagai nikmat dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Sejenis haiwan iaitu lebah menghasilkan manisan yang dikenali sebagai madu mampu memberikan manfaat kepada manusia.Bukan sahaja sebagai minuman,malah madu lebah juga membantu pertumbuhan pada kesihatan,berfungsi sebagai ubat kepada pelbagai jenis penyakit.
Kelebihan khasiat dan nikmat madu lebah dijelaskan dalam al-Qur'an itu sendiri dalam Surah An-Nahl ayat 68 hingga 69 yang bermaksud;
Dan Tuhan mu mewahyukan kepada lebah: " Buatlah sarang di bukit-bukit atau di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat ( sarang ) yang disediakan oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap ( pelbagai) jenis buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhan mu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat bagi manusia.Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang berfikir"
Perakuan tentang keistimewaan madu lebah,
1. Digunakan sejak zaman purba - Mesir dan India.
2. Masyarakat Yunani memuji madu lebah
3. Ibnu Sina - mengakui kelebihan madu lebah.
4. Rasulallah SAWsendiri pernah menasihati seorang lelaki yang sakit agar meminum madu.
sekian, untuk bacaan umum.
No comments:
Post a Comment